Namanya sahaja sudah cukup memberi erti
Untuk diriku hanya untukku
Rahsia dalam rahsia
Hanya Allah lebih memahami
Aku hanya mampu berserah
Firasat di dalam cinta
Ingin cinta di atas cinta
Zahirkan cinta yang terlindung
Antara mimpi di dalam mimpi
Hanya dirimu dalam kasihku
Mungkinkah cinta itu terlaksana
Atau hanya bayangan cuma
Tanpamu ku kaku
Suaramu ku rindu
Adakah ianya cinta
Hanya pada Nya ada jawabnya
No comments:
Post a Comment