percuma je lah ade lebih 3++ lagu disini

Wednesday, September 08, 2010

Ciri2 orang yg mencintaimu....

artikel ni aku copy paste jek...just nk share pada sape yg xpenah mendengarnye lg....


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Saturday, July 10, 2010

Bila rasaku ini rasamu...




aku memang terlanjur mencintaimu

dan tak pernah ku sesali itu

seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku



ku mohon jangan jadikan seperti

alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti




bila rasaku ini rasamu

sanggupkah engkau menahan sakitnya 
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi


aku memang terlanjur mencintaimu

Wednesday, June 30, 2010

my promise

I know I cannot make you laugh all the time,
but I will give you my shoulder to cry on.
I may not bring smile to your lips everytime,
but I wil never bring tears to your eyes,
I may not give you all you want,
but I will give you all I have.
You may not trust me entirely,
but I will be the best I can.
I may not have all the richest to share,
but a big heart to care

Friday, June 25, 2010

Doa Buat Kekasih

Ya Allah… ya Tuhanku…
Seandainya telah kau tetapkan
Dia milikku dan tercipta buatku..
Dekatkanlah dia kepadaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahgiaan abadi
Seiring kami melayari hidup
Ke tepian sejahtera
Tetapi tuhanku,
Seandainya kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku     
Luput dalam ingatanku
Ya tuhanku maha pengerti
Berikan aku kekuatan agar ku bahagia
Walau tanpa dirinya
Dan tuhanku yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Jika benar cinta itu cinta senjati
Maka bebaskanlah ia
Jika benar cinta itu suci
Ia akan datang sendirinya
Jika ia benar dan tak kunjungi lagi
Maka anggaplah cinta itu memang tidak pernah
Wujud dari awal lagi.


Thursday, June 24, 2010

harga sebuah kasih sayang

sukarkah untukku menggapai sebuah kasih sayang
yg sejak sekian lama tidak ku rasa...
adakah aku  tamak..
mementingkan diri sendiri..
aku xtahu..aku cuma
cuma mahukan sesuatu..
'diriku yg dahulu'
adakah kasih sayang perlu diukur dengan kemewahan
mungkin cinta hari ini memerlukan lebih daripada kasih sayang dan pengorbanan..
kalo begitu,
biarkanlah aku sendiri...

Monday, June 14, 2010

hati oh hati

hati terdetik untuk mengisi kekosongan yang ada pada dirinya,
lalu datang sebahagian lagi hatinya, iaitu hati yang sgt terluka...

Hati 2 : kenapa dengan kau ni..

Hati 1 : entahla..aku sunyi..

Hati 2 : jangan bilang yang kau teringin mengisi kekosongan tu..

Hati 1 : kenapa? salahkah untukku memenuhinya..

Hati 2 : kau sudah lupa? lihat diriku..penuh dengan parut dan luka yang masih belum sembuh akibat kebutaan kita selama ini..sakitnya masih lagi terasa sehingga kini..

Hati 1 : tapi sampai bila ? kita tidak boleh terus begini.. sampai bila kau hendak bersedih dan terluka..

Hati 2 : kau boleh berkata begitu sebab aku yg terluka dan bukannya engkau 

Hati 1 : mengapa kau berkata begitu..sudah lupakah kau yang kita ni sebenarnya satu...aku adalah kau dan kau adalah aku...

Hati 2 : tapi....

Hati 1: ni bukan pasal kepentingan sesiapa , bukan juga soal hati dan perasaan tapi ia mengenai kepercayaan.. aku tau apa yang kau rasa, dan aku juga tau bagaimana sakitnye bile kepercayaan tu dikhianati.. tapi kau kene sedar.. ini semua kerja Tuhan.. dan kau juga harus ingat... soal hati dan perasaan tu memang bukan 
mudah..kau dan aku juga tau mengenai hal ini...jadi jangan mempersoalkan lagi.. hidup mesti diteruskan... jangan pandang blakang... kita mulakan hidup yangbaru, aku tau kau mampu...

Hati 2 : bagaimana? bukan mudah untuk membina kepercayaan tu balik..kau sendiri tahu bukan..

Hati 1 : ya, aku tau..sebab tu kita kene beri peluang pada diri kita sendiri untuk menerima sesuatu yang baru..

Hati 2  : aku tak tau, aku xpasti...

Hati 1 : percayalah pada dirimu sendiri..kita adalah apa yg kita fikirkan.. buka hatimu..

Hati 2 : aku akan cuba..aku harap apa yang kau katakan tu btul..

Hati 1 : yakinla pada diri sendiri...Insyaallah..

Sunday, June 13, 2010

harapan dan impian

kadang2
dalam mcapai sesuatu yg kita inginkan
kita akan melakukan apa sahaja bagi mencapai keinginan tersebut
walau kadang2 kita terpaksa
melangggar prinsip hidup kita
atau sanggup melanggar tatasusila 
seorang manusia biasa
namun di penghujungnya
kita harus melihat 
adakah di hujung jalan tersebut
atau apabila kita menggenggam impian yg diimpikan
adakah ianya berbaloi 
dengan apa yang kita usahakan
untuk mendapatkannya..
dan dalam tanpa kita sedar
rupa2nya ianya taklah seindah yg diimpikan

Friday, June 11, 2010

akhirnya......

akhirnye selesai jugak aku renovate aku punye blog nih...aku rasa cmni dah ok kot...dah tak tau lg nk watpe sebab dah sehari suntuk aku habiskan masa bermain dengan coding...almaklumlah...aku mane penah blaja benda ni sume..tu pun cari tutorial kat intenet...tu belum ngan keje mengedit gmbar...huh..loteh bonar ni ha..rasenye aku puas ati kot...tapi kalo ade sesape yg xpuas ati..jom r one on one..hehe, gurau jek...xpun repot jek kat aku...rasenye lepas ni aku akan kembali aktif berblogging...sebabnye kat rumah sewa aku tu dah pasang streamyx...yahooo....ari2 memang memanjang muke aku kat fb jela nampaknye...

kali ni aku nk share satu lagu best nyanyian andy flop poppy yg bertajuk Masih
satu lagu yg bagi aku sgt best...sesuai ngan jiwa aku yang sgt jiwang ni (jiwang ke)

sebelum terlupa...aku dah buat satu link download semua koleksi lagu melayu ngan indon yang aku simpan slama ni...ade dekat tiga ratus lebey jugaklah buat masa ini, dan akan sentiasa diupdate..so sesape yg berminat leh la sedut...banner ade kat atas tu jek. k....ENJOY..











Masih


Masih ku tak berdaya
Melupakan mu
Di hatiku berkata

Apakah sebenarnya cinta
Di hati ini
Hanya mainan semata

Namun kau tak mengerti
Apakah sebenarnya yang telah terjadi
Di diri ini

Kau yang masih di hati
Tidak terdaya
Untuk mengundur diri
Darimu

Setelah engkau pergi
Tiada apa yang ada di diri ini
Kuharapkan kau kan berubah hati
Semoga kau kan kembali
Di diri ini

Monday, June 07, 2010

Dari Novel ke Filem (Lagenda Budak Setan)

satu lagi movie yang aku rasa bakal menitiskan air mata kesemua jiwangers2 yang ade kat malaysia ni...novel yg mempunyai 3 siri ni Lagenda Budak Setan, Katerina & Kasyah dan Lagenda Berakhir (kalo xsilap aku) dulu penah menjadi satu fenomena pada awal 90 'an. Kalo xsilap aku, waktu tu aku sekolah rendah lagi agaknye. Bayangkan ntah brape lame novel ni dah wujud sampailah baru2 ni akhirnye filem lagenda budak setan diterbitkan.. aku yakin sume peminat AA mesti serbu ke pawagam yg berdekatan.. cakap pasal orang, aku sendiri pun xtgk lagi filem ni.. hehe..cakap nk berapi je kan..xpe2, lagi 2 hari aku konfem pegi tgk...

tapi menurut cerita adik aku yg dh pegi tgk, cite ni cam ade sequel nye...wah, macam best jekan..adakah cite ni dapat mengatasi cite adamaya..huhu, xtau la aku..nk bagi komen xtengok lg, tapi kalo tanya pasal adamaya, aku baru jek abiskan episod ke 23 semalam, dan aku mmg nk bagi kredit kat pengarah die...memang best wooo, kire hampir2 nk menitis jugak...choitt...kantoi...huhu..ade aku kisah..lalala

ape ntah aku bebel banyak2 ni, padahal niat aku juz nak share OST lagu Lagenda Budak Setan jek...ape da...xsilap aku ade 2 version, satu laki dan satu laki perempuan..yang ku punye version lelaki sbab lagi syahdu kot..huhu..ape2 hal, enjoy...

Bila Cinta



Bila Cinta
OST Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Kusebut namamu
Di setiap doaku
Dan ku kan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Khayalan bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Uuu…
Dalam harapan 2x

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan 2x


Thursday, June 03, 2010

adoi...adoi...adoi...

huh...dah lamer giler xberupdate kat sini..berhabuk2 sesawang aku nih...dahla internet xde skang...bertambah malas aku nk update kat sini..

tapi arini aku nk share benda yang terngiang2 dalam kepala aku skang...ape lagi lagu la kan...lagu yg aku rasa penah mjadi fenomenda dikalangan gadis2 skarang ni...ape lagi kalo bukan lagu Yang Terindah...nyanyian dakmie...

aku yakin ramai yg tau pasal lagu ni...lagu ni dh lame..time movie I'm Not Single keluar dulu..aku pun dah lame gak tau pasal lagu ni..cume skarang baru nk glemer...tu sume gara2 drama Adamaya yang baru jek abis kat tv arituh...

ramai member aku cakap drama tu best..setelah aku bersusah payah, baru aku dapat complete set drama tu dari member aku..so kirenye baru nak layanla cite ni....

so far aku baru tgk episod 11, malam ni nak sambung lagi...huhu
sebaik aku ni jiwang...tapi cite ni mmg bestla...
so gadis2 yang rasa nk cari lelaki romantik cam adam tuh, leh r hello2 aku...huhu

banyak sgt tul aku bebel arini...dah la kene hafal lagu ni..atas permintaan seseorang la...kalo stakat nyanyi jek xpe, ni siap kene men gitar sambil nyanyi...huhu..nasib bek aku kene nyanyi sbab dienye besday...kalo x, adoi...

kat sini aku nk share lirik lagu tu ngan gitar chord..mane tau kalo ade sape2 yg berminat nk memetik gitar kan...aku sendiri pun xpandai....baru nk blaja...so, enjoy..

Yang Terindah

[Intro x2]
G Am Bm Am


G Am Bm Am
Semenjak kau hadir dalam hidupku
G Am Bm Am
Tiada lagi keresahan
G Am Bm Am
Kau mengetuk pintu hatiku
G Am Bm Am
Tanpa sedar hingga ku izinkan


C D G
Kau yang bernama cinta
C D G
Kau yang memberi rasa
C D G
Kau yang ilhamkan bahagia
Em Am D G
Hingga aku terasa indah


G Am Bm Am
Maaf jikaku tidak sempurna
G Am Bm Am
Tika bahagia mula menjelma
G Am Bm Am
Bila keyakinan datang merasa
G Am Bm Am
Kasih disalut dengan kejujuran


C D G
Mencintai dirimu
C D G
Merindui dirimu
C D G
Memiliki dirimu
Em Am D G
Hingga akhir hayat bersama kamu


C D G
Kau yang bernama cinta
C D G
Kau yang memberi rasa
C D G
Kau yang ilhamkan bahagia
Em Am D G
Hingga aku terasa indah


C D G
Kau yang bernama cinta
C D
Hingga aku rasa indah


[Outro]
Bm F# D E A