percuma je lah ade lebih 3++ lagu disini

Monday, December 14, 2009

mA Nu LaIF !!!

dah 2 minggu aku kat sini..
i'm back to my track...
it takes me a year to find what i want...
hope God bless me..

Saturday, October 03, 2009

Ghost King

dah lama aku xpost magic trick kat sini..bukan xmo, tapi xde kameranye..
sewaktu berkesampatan nih..sempatlah aku rekodkan trick ni buat tantapan kawan2 aku..
enjoy..


Saturday, August 22, 2009

selamat datang


ramadhan datang lagi.. aku nak ucapkan pada semua..
slamat menyambut puasa..

:)

Tuesday, August 11, 2009

aku dah update dah

dah lame aku xupload blog..hmm bz sangat2 tido.hehe
nak gi cc malas tul
..buat kenalan aku yang baru bertunang hari tu..tahniah la yer..
smoga "BAHAGIA"..
letih tul skang nak carik keje..rasa nak giv up pun ade..
cam nak sambung blaja jek rasa..hurmm..
tapi tgkla, mane yg datang dulu, itula yang aku amik..
baru2 ni..aku berkesempatan la lepak kat umah abg aku kat damansara
dapat jugak aku pergi makan kat satu foodcourt kat dalam ikea tu yg agak glemer
dengan makananye..jeng2..tapi buat yg dah tau tu..diam2 jek k..
inilah die..aku nak promote kat sape2 yg blum penah makan bende nih..


hotdog (kat tingkat bawah)
RM2


daim cake (sedap bangat)
RM 5.90

Monday, July 27, 2009

Selamat Berjuang

Malam Siang Berlalu..Gerhana Kesayuan..Tiada Berkesudahan..Detik Masa Berlalu.. Tiada Berhenti.. Oh Syahdunya... Sejenak Kuterkenang... Hakikat Perjuangan... Penuh Onak Dan Cabaran... Bersama Teman-Teman... Harungi Kehidupan Oh Indahnya... Berat Rasanya Di Dalam Jiwa... Untuk Melangkah Meninggalkan Semua... Kasih Dan Cinta Yang Terbina... Ia Akan Selamanya... Selamat Berjuang Sahabatku... Semoga Allah Berkatimu... Kenangan Indah Bersamamu... Takkan Ku Biar Ia Berlalu... Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya... Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita... Hati Ini Sayu Mengenangkan... Sengsara Di Dalam Perjuangan... Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan... Kedamaian Dan Jua Ketenangan... Tetapi Ku Akur Pada Hakikat... Suka Dan Duka Dalam Perjuangan... Perlu Ketabahan Dan Kekuatan... Keteguhan Hati Berlandaskan Iman..








kepada temanku..
walau kini kita tidak lagi bersama..
sematkanlah didalam hatimu..
tentang janji kita..
walau mungkin tidak sampai didunia ini..
janganlah kau sedih
janganlah kau kecewa...
kan ku doakan kebahagiaanmu
hingga ke akhir hayatmu..
walau mungkin sampai disini sahaja pertemuan kita..
senyumlah..gembiralah..
jangan kau risau akan diriku..
kerna aku tetap aku..
jika Tuhan menjodohkan kita..
kita pasti akan bertemu lagi..
selamat berjuang teman..
lihatlah apa yang ada dihadapanmu..
jangan toleh lagi ke belakang..
mulakan hidupmu yg baru...
dan jadilah dirimu yg dulu..
Amin...
"DaLaM HiDuP, TerKadanG KITa leBih BanYak MenDApATKan ApA YanG TidaK KIta INgiNkan..DAn KeTiKa KiTa MenDAPatkaN APa YaNG KIta INGinKAN, AkHirNYA KitA TAhU BaHWa YaNG KIta INGinkaN TerKadaNG TIdaK DAPat MeMBUAt HiDUP KITa MenJaDI lEBih BAhagiA.."

Thursday, July 23, 2009

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman


Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Sunday, July 19, 2009

Nyam..Nyam

minggu ni mmg mood aku macam hampeh..
terasa diri berbulu jek..(memangla)
hanjing btul..aku xsuke btul orang yg hipokrit nih..
cakap lain, wat bende lain..
hidup nak penuh dengan penuh pembohongan..ntah sampai biler nak idup camtu
dan bagi mengurangkan kebengangan aku ni..

ape lagi..JALAN2 CARI MAKAN la..


destinasi : bandar tek kajang..



aku pun gi r sane, sbb dengar cite makan kat situ agak best..
dan mata aku terpanar pada satu gerai..gerai char kuay teow a.k.a kuay teow goreng basah..
dan buat pertama kali...aku makan kat situ la..hehe




besar x udang die..
sedap gak la char kuey teow die...memang berbaloi la ngan harganya..RM 3 hinggit jek..mane nak cari 3 hinggit dapat udang beso2 macam tu..moh makan same2..hehe
*walaupun lepas makan, kebengangan aku terhadap golongan2 hipokrit ni, makin bertambah besar plak, sebesar udang yang aku makan tu :p

Friday, July 10, 2009

Jika

Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya..
ketajaman mata kailmu dan..
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan..
mungkin dia tidak dapat melupakanmu..
selagi dia mencintaimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan mengharap pada takungannya dan..
janganlah mengganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluan..
apabila ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memilikki seseorang,terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan..
janganlah kamu mengganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia seorang insan biasa..
apabila sekali dia melakukan kesilapan..
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang pasti baik untuk dirimu..
mengenyangkan dan berkhasiat..
mengapa berlengah,cuba mencari makanan yang lebih baik..
terlalu inginkan kelazatan..
kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu pasti menyesal,percayalah..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang kamu pasti akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepadamu..
menyayangimu,mengasihimu..
mengapa perlu berlengah,mengapa cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
dan sudah tentu kamu akan menyesal...

spam jek

lame btul xupdate kat sini.
inilah akibatnye kalo dah berpindah rumah..adoi
disebabkan kependekan masa yg aku ade..
ni aku nak share satu lagu yg dah lame giler..xla lame manepun...hehe
sbab dah lame xdengar lagu nih, ni yg aku nak share nih..
kalo nak sedut, bawah tu aku ade sertakan link skali..
enjoy..



Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu
Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu



meh sedut kat sini


'seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya'

Sunday, June 14, 2009

new life..

nampaknye interview aku aritu berjaya..
dapat gak keje walau xsebesar mane..
xsabar beb..
itu bermakna masa aku untuk internet hampir xde..
sunyila blog aku pasni..
dok umah internet 24 hours..
ni kene pindah...adoi..
tapi xpe, setiap ape yg kita lakukan dan inginkan..
mesti ade pengorbanan yg perlu dibuat kan..
redha jela...
kepada seseorang..
wait me ye...
i'll show i'm no longer the same person that u know..
hehe...berat ati aku ni..
mintak2 ape yg aku inginkan selama ni akan tercapai..
insyaallah..n amin..


p/s : ingat janji kita..

Saturday, June 13, 2009

2 day best in my life...

dua hari yg menyeronokkan..terima kasih ye pada yg terlibat
xsangka aku, aku seseronok begini..dah lama xrasa macam ni...
tapi tu sume sudah berakhir,
benda ni pasti xkan hadir lagi wat masa terdekat ni..
kadang2 tu, kita kena sedar..
kita hidup didunia yang nyata..
hidup yang penuh dengan duniawi dan kepura-puraan ni..
dan aku harus terima hakikat ni..
aku xnak bermimpi dan berangan2 lagi..
orang kata,
look into quality than quantity..
aku setuju sangat2..
walau sekejap tapi kalo ia merupakan perkara paling hebat pernah berlaku dalam hidup kau
xkisahla sekejap manapun kan..
macam aku cakap...
life must go on..
hidup ni mesti diteruskan..
slamat berjuang sahabatku..
love u all..


'cinta amat mahal takrifnya, itulah yg difitrahkan oleh Allah S.W.T kpd hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan tp gagal dilihat pada zahirnya..kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. igt pada yg satu, jujur pada yg setia, kasih pada yg rindu, rindulah pada yg menyayangimu! cinta tak akan datang kalau tak dicari, cinta xakan dapat kalau tiada siapa yang memberi. Tapi mencari biarlah pada yg sudi, bukan peminta pada yang simpati'. Renungkan & selamat beramal.

Thursday, June 11, 2009

Untuk dikongsi...

ini artikel, sudah lama kusimpan...tapi xpenah dikeluarkan sepenuhnya..ade dalam fs, tapi xdapat nak post abis sebab xcukup space..hehe..bukakla mata anda besar2, dan teruskan usaha untuk membaca artikel yg panjang giler ni..walaupun panjang tapi tetap ade kebenarannya..


Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut
tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu.

"Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu."[Raja Pedang Deir]

Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak,

jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup
dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihatoleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati
dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,
dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci
jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yang mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan....

buat akak !!!

adik tau akak milah mesti baca thread aku ni...
nak kontek dah la susah..
juz nak bagitau jek...sy dah dapat kejela kak..
aritu nak sgt tau kan..
hehe, keje beser jek..jd QC inspektor..
boring tul..tapi nak wat camne..
amikla mane yg sampai dulu kan..hehe
tapi kak, tadi sy gatal2 bukak blog akak..
dah lame giler xbukak...
skali bukak, terperanjat..
sume dah berubah yek..
xsangka akak leh berubah begini cepat...
akak dah jauh ngan sy..
jumpa pun xtentu lagi dapat jumpe..
sy harap akak tau ape yg akak buat..
walaupun sy ni adik, tapi sy tgk pun sy sakit ati kak..
makan dalam giler2...
hope akak dapat berubah jadi cam akak yg sy kenal dulu..
kalo akak nk jadi cam dulu,
datangla jumpa sy....
manetau sy dapat membantu..
tapi sy tau akak mungkin xde kekuatan tu lagi..
sy doakan akak dapat kekuatan tu balik..
ade mase kita berjumpa lagi yek..
rindu bangat kat akak..


dari adikmu,
brutal_cat

Tuesday, June 09, 2009

eksiden lagi...hmm

tarikh 3 jun xmungkin dapat kulupakan..
terasa malangnya diriku..
dah la sebelum ni terjatuh tangga..luka xelok lagi..dah kene timpa tangga..hmm
hehe..apeda cite pasal tangga..
tapi nak wat camne kan..bende nak jadi..
pertama kali dalam hidup aku..aku eksiden 2 kali dalam satu hari..
or dengan lebih jelas..dalam satu jam..kesian aku kan..hehe
walaupun aku xmengalami kecederaan yg teruk, namun moto kesayanganku..
adoii...xdapat nak diungkapkan dengan kata2..
motor tu la bini aku semenjak aku bergelar single nih..
segala kasih dan sayangku sume aku curahkan kat atas moto ni..hehe
sedih hati aku ni, bole tgk moto aku jadi camni..tapi nak wat camne kan..
first eksiden, aku tergolek kat selekoh..hmm, jahanam segala ape yg ade kat belah kiri moto aku..
2nd eksiden plak blanggar ngan van hospital,adoii..dapatla gak aku merasa jadi superman untuk kedua kalinya selepas first eksiden aku yg dulu2 tu..
jahanam plak handling aku..habis jahanam coverset depan aku.fork bengkok..ishk2
walaupun orang cakap,bersyukurla ko xde pape..moto tu leh repair..
tapi dalam hati aku... moto nih dah jadi sebahagian dari hidup aku..
senangla cakap..tapi dengan status penanam anggur aku skang ni memang dah cukup memeningkan kepala aku nih...



mungkin sebab moto aku ni nak kaler baru nih..hehe..
nak cakap jela, xyahla eksiden2...barang spare ko dahla mahal..
tuan ko tu pun xbekerja lagi..xkesian ke kat tuan kau tu..

arini aku nak gi interview..as qc jek..
harap2 dapat..walau xsebesar keje lame aku dulu..
xpe moto kesayangku...nanti bile dah dapat keje nih..
first gaji..akanku makeup ko baik punye...hehe (berangan jap)

pas interview ni plak, nak kene gi train untuk lesen motor plak..hehe
walaupun dah lame bawak moto..walaupun dah lama aku memegang lesen L...
walaupun dah banyak kali aku membawa penumpang, even sampai ke putrajaya..
sebaik xpenah kene tahan..syukur beb, sebelum pape terjadi..baik aku selesaikan
hajat aku yg dah lame tertangguh ni, bukan pe..baru skang cukup ongkosnya.. (orang support)..hehe

bz la nampaknye aku arini..caiyok2..alamak, lupe plak aku nak tido..interview 3 jam jek lagi...adios....mmuah

before aku tamatkan thread nih..aku nak share lagu peberet aku waktu nih..

Ungu - Waktu Yang Dinanti

cinta yang tulus dalam hatiku
membuang semua hasrat mimpiku
‘tuk bisa menyatakan sayang
‘tuk bisa mengungkapkan semua pada dirimu

tak mungkin bagiku ’tuk memilikimu
segala rasa yang pasti tak mungkin
‘tuk bisa kau terima semua
‘tuk bisa ku nyatakan rasa ku cinta kamu

ref:
ketika bunga tak bermekar lagi
dan dunia tak mungkin berputar lagi
saat cinta tak membakar hati ini
kau kan tahu betapa aku mencintaimu
betapa aku menginginkan kamu

tak mungkin bagiku ’tuk memilikimu
segala rasa yang pasti tak mungkin
‘tuk bisa kau terima semua
‘tuk bisa ku nyatakan rasa ku cinta kamu




Klik disini untuk download mp3

Tuesday, May 26, 2009

Nukilan seorang lelaki

Namanya sahaja sudah cukup memberi erti
Untuk diriku hanya untukku
Rahsia dalam rahsia
Hanya Allah lebih memahami
Aku hanya mampu berserah
Firasat di dalam cinta
Ingin cinta di atas cinta
Zahirkan cinta yang terlindung
Antara mimpi di dalam mimpi
Hanya dirimu dalam kasihku

Mungkinkah cinta itu terlaksana
Atau hanya bayangan cuma
Tanpamu ku kaku
Suaramu ku rindu
Adakah ianya cinta
Hanya pada Nya ada jawabnya

Thursday, May 21, 2009

kisah lelaki & sesuatu

dulunya lelaki itu punya matlamat dan impian..
namun kini hanya tinggal seorang lelaki biasa yg xpunya apa2...
pandai menasihati orang lain, tapi susah untuk menerima apabila terjadi kat diri sendiri..
wahai lelaki, sedarlah...
semuanya sudah berlalu..
jangan ditangisi pada yg telah pergi..
pandang ke hadapan dan lihat apa yg ada didepan matamu..
berjuanglah dan buktikanlah bahwa kau sememangnya seorang lelaki yg berguna,
pada agama, bangsa dan masyarakat.
walau kau tidak bisa menerima apa yg telah berlaku..
buktikan..buktikan pada yg dia..
kau bukanlah seorang yg lemah..walau kau tidak mampu hidup tanpanya..
hidup ini bagai roda, sekarang kau berada dibawahnya..yakin dan pasti..
bahwa dia juga akan merasa sakitnya dibawah roda itu..
dan biarlah dia tahu ketika itu, penyesalan tidak ada gunanya lagi..
carilah pada yang sudi..
pada yg memberi seikhlas hati,
yang ingin susah senang bersamamu..
anggaplah semua yg berlaku padamu sebelum ini...
adalah dugaan bagimu untuk dalam mencari sesuatu..
sesuatu yg kau sendiri tidak tahu pengakhirannya..
dan jangan takut untuk mulakan hidup barumu,
dan buktikan padanya..kau adalah kau..
dan perindahkanlah ceritera baru mu itu..
supaya kau bisa menjadi seperti dulu...



in tribute..
m.i.l.ah & h.a.l.i.m

Friday, April 24, 2009

Tudung ???

video ni aku jumpe dari satu forum..
satu video yg agak simple tapi dengan tajuk yg berat..
soal pemakaian tudung..satu perkara yg aku rasa dipandang remeh bagi segelintir masyarakat kita..even video ni hanya lakonan semata2,
namun ia menusuk jugak ke kalbu aku even aku laki..
kenapa ? sebab ia mencerminkan isu ini dipandang mudah bagi golongan tertentu..
memang ada kebenarannya, walau ia tidak begitu tepat...
namun...hmmm..saksikan dan renungkan..

Thursday, April 23, 2009

Aku Rindu..

rindu serindu-rindunya....
miss u so much..
wanna hold u back...
till end of my life....

Thursday, April 16, 2009

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanya.Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Wednesday, April 08, 2009

mungkinkah..

hari ni aku mengaku kalah..
aku dah xmampu menipu diri sendiri..
sukarnya untuk mengotakan benda yang mudah dikatakan..
resah, gelisah, perasaan semak menguasai diri aku sekarang..
ke mana orang2 yang selalu berada disampingku, ketika ku selalu dilanda masalah..
mungkin masing2 dah penat melayan kerenah aku..
aku dah bosan dengan situasi ni..
mungkin ini destinasiku...

Saturday, April 04, 2009

my art

aku bukanlah peng'edit' gambar yg bagus, sebab aku xpenah blaja kat sape2 pun.. orang cakap kumpul skit2 lama2 jadi bukit.. bila berkesempatan aku akan mengisi masa aku dengan meng'edit' gambar aku sendiri.. bukan pe, kalo ade sesape komen kata gambar tu buruk..kira kene aku sorang jek la..sebenarnya dah lama aku x edit gambar ni..nak dekat beberapa bulan..sume gara2 addict sangat main kad trick..hehe, beserla.. tapi keinginan tu datang balik..tu yang tiba2 aku menyiapkan projek aku ni..(projek ke)..projek yang ku namakan.. i'm play dead..jangan salah sangka..aku sebenarnya teringin sangat nak edit gambar orang yg dah mati..so, akulah jadi mangsa untuk projek aku kalini..tapi harap2 aku xjadi cam dalam gambar ni sudahla..projek ni dah lama tergendala..semenjak aku blaja lagi..adela nak dekat setaun..lamenye kan..hehe, sesape nak komen leh komen..tapi jangan kritik giler2, sebab aku bukan pro pun...lalala..

p/s : kalo nak tgk gambar penuh leh jenguk kat friendster aku..


sandar kat dinding je nih (nk background putih ni sebenarnya)




sampai sini la projek tergendala (no idea sebenarnya)



main letak je background ni (buruk kan)




finale

Monday, March 30, 2009

Trick lagi...

dah lame aku xpost kat sini..bukan xberkesempatan, tapi penyakit malas tengah menyelubungi diri aku skang ni..

skang aku bz dengan plan bisnes aku..harap2 menjadi..insyaallah..

kalini aku nak show satu trick yg dah lame aku blajar.. rasanya waktu aku mula2 blajar magix dulu kot..

video kalini pun xbrape cantik kualitinya..sume gara2 webcam yg prob..last2 hp jadi mangsa..video ni pun aku malas nak edit, xmacam video aku b4 ni...so enjoy

Tuesday, March 17, 2009

Hatinya kini milik orang

hani, zaiful, ikin, izza
aku ngan ikin (ade cam pengantin x?)



Tahniah la pada ikin...dah kawin pun..
aku ntah bila lagi..teringin nak berkahwin
tapi duit xde, calon pun xde....sape nak kawin ngan aku woi...hehe.
dapat gakla aku shoot bberapa keping gambar kat sana..
aku pegi ngan kawan aku..ride same2..best btol naik moto ni..
bile lagi nak gi meleper ni...melalut plak aku..tahniah ye kak..
hargailah orang yang menghargai diri kita..
dan tumpahkanlah sepenuh kesetiaanmu padanya..
beruntung yek abg tu...kalo x dah lame aku masuk line..haha
berkurang plak, insan yg rapat dengan hatiku ini..
ntah dengan sape lagi aku nak share masalah aku..adoi... (help me)
anyway Congratz...
p/s haloo cik hani..slamat berkenalan...hahaha






Friday, March 13, 2009

my Playlist 2



kali ni aku nak berkongsi lagu favorite aku tuk bulan ini..sume indon mali.haha...


Bukan Superstar







Apa Kata Dunia






Nagabonar...


'Apa Kata Dunia'

itulah trademark dalam cerita ni..aku xsangka dvd yg abang aku beli waktu di jakarta itu menambat hati ku..Kisah komedi yg sangat menarik..mesti ramai xpernah dengar..tapi cerita ni sebarisla jugak dengan cerita sarjan hasan..maksud aku, perjalanan cerita..sangat menarik dan sangat kelakar..walaupun dimasukkan dengan unsur2 patriotik...namun tetap enak untuk ditonton sekeluarga..filem pada tahun 1987 itu kini di releasekan lagi sambungannya kepada nagabonar 2...macam xpercaya, cerita yg digarap untuk rakyat indonesia supaya mengimbas kenangan kemerdekaan indonesia mampu menarik minat aku...aku cadangkan, sesape yang xpernah tgk lagi...carilah di speedy..kompem ada..tapi pastikan tgk yg no 1 dulu, giler kelakar..

Aku Kecewa...


Aku sungguh kecewa arini..penantian yang sungguh tidak berbaloi...
live action yang telah diwarwarkan 4 tahun lalu membuat aku teruja dan xsabar menunggu
dan hasilnya..hampeh..buang duit jek gi tgk kat wayang..cite pe..cite Dragon Ball Z Evolution.. aku yakin pasti DBZ wannabe kecewa seperti mana aku..
Aku nasihatkan sesape yg nak tgk baik tunggu dvd pirate kluar..haha, xberbaloi.. harap grafik je bleh blah (xla canggih sangat pun)... dahla jalan cite memang xsame ngan manga die..bleh la kot terima lagi dengan harapan jalan crita best..hmmm, hampeh gak..
Antara spoiler dalam cerita tuh :
- Atuk Goku hidup lagi sampai dia besar, n still xbrape hebat lagi.. kontra tul, dalam manga goku kecik2 dah kuat n kalahkan piccolo time kecik)
- Ade ke patut, Kame hame ha baru blaja time besar, cam klakar plak..
- Goku tukar jadi gorila tanpa ekor..haha, pastu besar skit jek dari manusia..berbeza ngan manga, dia lagi besar dari bangunan..
- Paling xlogik akal, pas die jadi gorila tuh, ok la baju die xkoyak, juz terbukak jek..padahal waktu pakai mmg fir..yg bestnye pas jadi manusia balik, baju terus ok..siap dah pakai tali pinggang..bangang tul..
- aksi berlawan ngan piccolo sangat kurang, kejap pulak tu, kuar power je lebih..
itulah dia antara scene yg aku ingat..tapi ade jugak persamaan cite ni ngan manga
- watak Chow Yun Fatt sebagai Cikgu Muten yg gatal menjadi r..
- pastu watak Chi Chi yang seksi..haha (pelik btul cite ni)
- ngan kapal yg dinaiki oleh Piccolo (sama macam Raja Pilaf punyer dalam manga)
Itu jela yg mampu pengarah tu buat...punya banyak cerita yg menarik dalam manga, tapi hampas yg ku dapat... kok ye pun nak buat sambungan, 1st Movie mestila bagi impression baik.. movie ni macam nak kenalkan watak jek...
Buat2 sesape yg teringin nak tgk tu, better tunggu dvd or vcd kuar..tapi kalo sesapa rasa macam berbaloi nak kuar seploh ringgit untuk tgk cerita yg ntah hape2..pegila, best lagi tgk cite Geng Upin Ipin tau...
Rating 5/10


Friday, March 06, 2009

Cameron Highland Trip


Minggu lepas aku berkesempatan follow member aku ke ipoh..pergi lepak kat poli sana.. saje lepak2.. last day kat ipoh.. bleh plak member aku ajak gi cameron...haha

ni la first time aku gi sana.. agak teruja la.. bukan pe..dulu time blaja, time aku ade exam la..family aku gi.. dah alang2 kat situ...shoot je la ke sana..yang best nya naik moto..memang mencabar giler.. mane taknya, kadang2 kena redah ujan..bahaya woo...

perjalanan dimulakan dari simpang pulai..kira start dari situ..aku pulak bawak pillion.. agak menyesal la ade bonceng orang...haha, bukan xnak kasi tumpang.. tapi route ke sana memang membakar jiwa.. mana xnya..perjalanan sejauh 70km yang penuh dengan liku-liku yang sememangnya akan membakar setiap mana2 rider yang suka meleper..first time riding naik turun bukit.. agak kekok gak asyik menukar gear... slalu long distance juz kena pulas throttle jek.. ni kena main gear plak..hujan plak kadang2 membataskan pergerakan aku...bahaya jalan licin...di tambah dengan tayar stok motor aku ni yang hanya sesuai untuk dry condition...kalo jumpa jalan basah..memang macam cari penyakitla..

bayangkanla pukul 2 dari ipoh baru nak gerak ke sana..memang agak xboleh blar r..last minute punya plan..tapi not bad la..adela nak dekat 2 jam baru sampai sana..sempatla gak singgah strawberi farm ngan lepak kat depan taman rama2..haha, bajet xde..pergi xdirancang..

malam tu plak gerak balik dari ipoh..adela dalam pukul 8 lebih..yang xbestnye konvoi 2 motor..b4 ni beser lone rider jek..mana xnya, motor kawan aku tu top die juz bleh 120km jek..tu pun susah baru leh dapat..aku pulak beser min 120km..mane tahan beb..tapi mengenangkan die bengang kat aku time gerak nak ke ipoh aritu..aku follow jela..hehe..mane xnya, sampai kat tapah..aku terus full throttle tinggalkan die..hehe..sori bro....

yang mencabarnya plak time nak balik...bleh plak ujan dari ipoh sampai la kat seremban... memang lenjanla..ikut plak blakang member..huuu..mengantuk beb..tapi bagus jugak..tayar moto aku ni memang hampeh time ujan..tu la punca aku eksiden aritu..nak tukar xcukup bajet plak...sampai jek kat area shah alam..kat lorong motor..bleh plak member aku brek tibe2 kat lorong tu..aku follow blakang die..skit jek lagi moto aku nak eksiden die..tayar blakang tu dah menari2 kt atas jalan..tapi sebaik dapat control...kalo xjadi jadi cam eksiden aritula...memang kene soundla... kitorang berpisah kat persimpangan nilai... ujan makin lebat, tapi aku dah xpeduli..kalo x lambat sampai ni..badan ni dah kesejukan..aku pun full throttle la...ade la kat 150km gak..aku tgk sume motor bawak kat belah kiri je..keter pun juz main line tengah..ujanla katakan..aku pun xtaula time tu bleh plak hati kering..memang dah laju giler aku waktu tu..kalo ade kete depan brek emergency memang aku xleh ngelak punya..konfom eksiden..nak brek pun xguna..tayar hampeh..tapi aku bawak dengan berhati2 gak la..tapi malam itu kepala aku menggila...bayangkan kereta-kereta lain pun juz bawak dalam around 130-140km jek..ni sume gara2 nak cepat sampai...hehe

sampai umah dalam pukul 1..ade gak la dalam 4 jam dari ipoh...tapi aku btul2 puas.. dah lame xlong travel..naik motor kesayangan aku plak tu..

next plan ingat..ade wit lebih skit nak gi sane lagi la...hehe, yang penting xnak bonceng sape2... sedap skit nak meleper...huhu..xtau la bila lagi berkesempatan ni..gambar pun dapat amik satu jek yang kat atas tu...bleh plak berenti kat tengah2 jalan semata2 nak amik gambar...sebaik xbanyak kete..lalala

*plan nak kene tukar tayar ni..dah banyak kali tergelincir guna tayar stok ni...



Thursday, March 05, 2009

Semalam


Yesterday,

All my troubles seemed so far away,

Now it looks as though they're here to stay,

Oh, I believe in yesterday.


Suddenly,

I'm not half the man I used to be,

There's a shadow hanging over me,

Oh, yesterday came suddenly.


Why she Had to go I don't know,

she wouldn't say.

I said, Something wrong,

now I long for yesterday.


Yesterday,

Love was such an easy game to play,

Now I need a place to hide away,

Oh, I believe in yesterday.


Why she Had to go I don't know,

she wouldn't say.

I said, Something wrong, now I long for yesterday.


Yesterday,

Love was such an easy game to play,

Now I need a place to hide away,

Oh, I believe in yesterday.




Friday, February 27, 2009

New Trick Release

trick ni dah lama aku recordkan cume xsempat nak uploadkan jek...so enjoy...nak blaja..pm aku k

Thursday, February 12, 2009

3 pilihan terbaik bulan ini

tetibe plak terbanyak masa..sambung dari thread yang ade kat bawah ni..aku nak kongsi 3 lagu terbaik bulan ni..pemilihan dilakukan atas dasar suka ati aku (sukati ar, blog aku)....enjoy..n to MISS IKIN...Congrat...xsabar ye nak kawin...lepas ni kene panggil PN. IKIN la..lalala...

Top 1


Lirik 

itukah dia kekasih yang pernah berjanji
memberi cinta, untukmu sepenuh hati
ia akan menyesal suatu hari nanti
apabila ia mengetahui
kekasihmu ini ingin kembali.

tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
walau beribu bisik janji ia merayu
kekasihmu ini terlalu ingin kembali
apabila ia mengetahui
kekasihmu itu, membuat kau bersedih.

oh kekasihmu ini akan merasa gembira
andai dapat bersama untuk selama-lamanya
hanya untuk menyayangimu..
hanya untuk bercinta lagi...

andai, engkau berduka..
aku yang pertama di sisi..
andai, engkau bahagia aku kan terus..
berdoa semoga, suatu masa
pintu hatimu kan terbuka
dan kita, akan kembali bercinta lagi..

aku akan kembali
walau jalan berliku..
kerna ku, kekasihmu..
hingga ke akhir..
hayat...


Top 2



Top 3

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

Salam kepada semua pembaca..arini terasa nak membincangkan topik ni..ni sume gara2 cerita Ally kat TV3...ape nak jadi kat aku ni..haha..tapi topik ni memang best..apa itu CINTA SEJATI ? luas pengertian nya ni..tapi terpulanglah pada pendapat masing2 kan..jawapannya mesti berbeda...hehe..ni artikel yang aku amik dari saudari Muslimah..Nak tulis sendiri xde masa plak..hehe..

giving heart



Apa Itu CINTA ?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Sifat CINTA...

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


CINTA Wujud Sejak Dilahirkan..

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


CINTA Bersedia..

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


CINTA Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.


CINTA Itu Mengharap Balasan..

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


CINTA Itu Menakluki..

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


CINTA Itu Mengetahui..

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


CINTA Itu Hidup..

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


CINTA Itu Suci..

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


CINTA Itu Mempesona..

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti CINTA?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri


“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”-Saidina Umar Ibnul Khattab-

Saturday, January 31, 2009

My playlist

Kali ni aku nak kongsi ngan kengkorang lagu lagu best (sbb aku yang suka)...pada yang dah ada..wat2 xnampak jek..kalo ade rase yg nak dengar..layan jek...sebab bak kata bank rakyat.. "Saya Mesti Pilih"...haha..









banyak lagi yang aku nak kongsikan..nantila aku upload lagi kalo sempat..hehe..aku nak suggest lagu bintang 14 hari pada sape2 yang donlod lagu kat sini..layan woo bagi orang2 yang macam aku ni...lalalala


protection banner


Friday, January 30, 2009

Apa itu Trick Card

Ada yang bertanya kat aku..trick card tu amende..ni definisi yang aku amik kat wikipedia..

Card manipulation (or card magic) is the illusion of magic using a deck of playing cards. Card magic is commonplace in magic performances, especially in close up magic or parlor magic and street magic.

Playing cards became popular with magicians in the last century or so as they were props which were inexpensive, versatile, and easily manipulated. Although magicians have created and presented myriad illusions with cards (sometimes referred to as card tricks), these illusions are generally considered to be built upon perhaps one hundred or so basic principles and techniques. Presentation and context (including patter, the conjurer's misleading account of what he is doing) account for many of the variations.

Card magic, in one form or another, likely dates from the time playing cards became commonly known — towards the second half of the fourteenth century — but its history in this period is largely undocumented. One may surmise from the practice of how other everyday objects have been pressed into the service of conjurers across cultures and the ages that card magic developed spontaneously and roughly concurrently in different parts of the world, if not always synchronously. However, compared to sleight of hand magic in general and to cups and balls, it is a relatively new form of magic.


camne..ade faham..bagi aku..ada dua jenis trick card..yang pertama adalah kad yang dibuat special untuk buat magic..satu lagi adalah 'impromptu' trick iaitu melibatkan teknik semata2.aku suka pilihan kedua sebab boleh buat dekat mane2 janji ada kad terup @ deck of card..

bawah ni ade satu lagi trick..enjoy..sape2 rase nak blaja..pm la aku..hehe


Sunday, January 25, 2009

Chapter 1

bila aku bosan..aku slalu main kad..game cam colek ke, blackjack ke, hongkong ke..macam2 la..tapi tu sume nak kene ade geng..that's why skarang main trick card plak.. aku xtau nape aku suke main trick card.. maybe bila aku main, aku dapat lupakan segala masalah aku..masalah yang dah lama terperuk dalam kepala otak aku ni..so enjoy.. :)



Thursday, January 22, 2009



Nama : Mohd Halim Dolah


Tarikh Lahir : xx/03/1987


Habitat : Seremban, N. Sembilan


Cita-Cita : Nak jadi seorang yang sgt berjaya di mata sesiapa


Hobi : Makan, Tido, Surf tenet, Download Anime dan yang terbaru main trick card